LONDON: Chelsea akan menjual 10 pemain pada musim panas ini, terutama yang tiada dalam perancangan Frank Lampard dan digantikan dengan pemain bintang.
Kepa Arrizabalaga berada dalam senarai teratas kerana Tha Blues mahukan penjaga gawang baharu selain Kurt Zouma yang dikaitkan dengan Everton.
Andreas Christensen juga akan dilepaskan kerana gagal memberi impak kelada pasukan selain Emerson Palmieri yang gagal menarik perhatian Lampard.
Marcos Alonso juga berada dalam senarai kerana dia gagal beraksi cemerlang di posisi pertahanan kiri dan tidak ketinggalan N’Golo Kante kerana kerap mengalami kecederaan sejak dua musim lalu.
Michy Batshuayi juga akan dilepaskan kerana hanya mampu beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan untuk semusim selain kontraknya akan tamat pada musim panas ini
Ross Barkley dan Tiemoue Bakayoko juga berada dalam senarai penjualan selain Danny Drinkwater.
Hakim Ziyech dan Timo Werner berjaya diraih Chelsea manakala Kai Havertz sedang dalam perjalanan ke kelab itu selain bebeberapa nama lain termasuk Jan Oblak, Marc-Andre Ter Stegen, Declan Rice dan Ben Chilwell. – AGENSI