Binder raih kejuaraan sensasi - Utusan Malaysia

Binder raih kejuaraan sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO: Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder melakar kejutan besar dalam Grand Prix (GP) Motosikal Republik Czech apabila juara MotoGP di
Litar Brno, hari ini.

Ia bukan sahaja kejuaraan kelas perdana sulung buat pelumba Afrika Selatan itu, malah yang pertama buat KTM.

Binder, 24, meraikan kemenangan dengan penuh emosi kerana dia telah menantikan detik itu sejak kecil.

“Sejujurnya saya hilang kata-kata, ia seperti mimpi menjadi nyata.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya. Dari awal perlumbaan saya mempunyai perasaan yang baik,” kata Binder.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli mengekori di tangga kedua, manakala Johann Zarco melengkapkan podium buat Esponsorama Racing.

Hasrat seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT,Fabio Quartararo untuk melengkapkan kemenangan hatrik tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Quartararo sebelum ini melakar kejutan menjuarai dua perlumbaan pertama musim ini di Litar Jerez.

Sementara itu, Morbidelli tetap berpuas hati muncul naib juara kerana ia podium pertamanya dalam kelas perdana musim ini.

“Perlumbaan yang sangat mengujakan dan saya gembira dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

“Di awal perlumbaan semua berjalan mengikut perancangan tetapi masalah tayar sedikit mengganggu tunggangan. Masa untuk berehat tiga hari,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya