LONDON: Manchester United dikatakan boleh mendapatkan Jadon Sancho dengan bayaran ansuran bagi tempoh dua atau tiga tahun.
Bagaimanapun, bayaran pendahuluan perlu dilakukan dengan tambahan 18 juta pound (RM99.32 juta) pada masa akan datang.
Konsep pembelian itu jelas menguntungkan United dan mereka mampu membentuk jentera serangan efektif dengan kerjasama Anthony Martial, Mason Greenwood dan Marcus Rashford.
Sancho akan menjadi pemain sayap Inggeris termahal yang menyertai United.
Bagaimanapun, nilai perpindahan sebenar tidak didedahkan.
Pemain England itu juga sedang menunggu tawaran dari dua kelab lain termasuk Liverpool dan Borussia Dortmund perlu segera mencari pengganti Sancho pada musim panas ini. – AGENSI.