Bayern sekarang lebih hebat berbanding 2013 - Utusan Malaysia

Bayern sekarang lebih hebat berbanding 2013

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer percaya, pasukannya kini lebih kuat berbanding ketika memenangi Liga Juara-Juara 2013 selepas menumpaskan Lyon 3-0 untuk mara ke final buat kali ke-11.

Neuer, David Alaba, Jerome Boateng dan Thomas Muller adalah empat pemain skuad 2013 yang masih membawa cabaran Bayern ketika ini.

Dalam separuh akhir di Lisbon awal pagi tadi, pemain sayap Serge Gnabry mencuri tumpuan apabila meledak dua gol untuk Bayern selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Dua minit sebelum wisel penamat ditiup, Robert Lewandowski yang menyarung jersi Borussia Dortmund ketika pasukan itu tewas kepada Bayern dalam final tujuh tahun lalu, menyumbat gol ketiga.

MANUEL NEUER

“Posisi setiap pemain kini lebih mantap, malah semua 18 pemain berada dalam kelas tersendiri. Ini menunjukkan kami memiliki pasukan yang menakjubkan.

“Hansi (Flick, jurulatih) seorang yang tenang, terutama ketika perlawanan besar seperti ini. Dia menyiapkan kami dengan baik sekali untuk separuh akhir.

“Tidak kira pasukan mana yang akan ditentang, kami sentiasa mempunyai pelan. Anda boleh lihat keputusan di atas padang,” kata Neuer.

Neuer percaya, pasukannya sudah bersedia melengkapkan kejuaraan treble selepas menjuarai gelaran Bundesliga dan Piala Jerman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya