Bayern juara Eropah kali keenam - Utusan Malaysia

Bayern juara Eropah kali keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Bayern Munich melengkapkan musim menakjubkan apabila muncul juara Eropah buat kali keenam.

Tandukan Kingsley Coman pada minit ke-59 memadai untuk membawa juara Jerman itu menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam final Liga Juara-Juara sebentar tadi.

Anak-anak buah Hansi Flick kini telah menumpaskan semua pasukan gergasi yang ditemui dalam perjalanan menjulang trofi bermula dengan Chelsea, Barcelona, Lyon dan PSG.

Ini adalah kejuaraan Eropah pertama Bayern selepas 2013, sekali gus membolehkan mereka melengkapkan treble selepas turut menjuarai Bundesliga dan Piala Jerman. – AGENSI

KINGSLEY Coman meraikan jaringannya di Lisbon hari ini. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN