Bayern bernasib baik - Klopp - Utusan Malaysia

Bayern bernasib baik – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp percaya, perubahan jadual perlawanan akibat pandemik Covid-19 menjadikan Bayern Munich amat unggul musim ini.

Kata pengurus Liverpool itu, pengendali Bayern, Hansi Flick hampir tidak dapat meraih lebih banyak kejayaan dalam masa yang singkat dan bernasib baik kerana memenangi Liga Juara-Juara.

Bayern muncul Raja Eropah selepas mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) 1-0, iaitu kemenangan ke-21 berturut-turut mereka dalam semua pertandingan, satu perjalanan menakjubkan sebelum melengkapkan treble.

Klopp berkata, Bayern mempunyai pemain bertaraf dunia di setiap posisi, namun mereka juga mendapat bantuan daripada jadual Liga Jerman (Bundesliga).

“Ia agak sukar untuk mencatat lebih banyak sejarah dalam tempoh lapan bulan.

“Mereka sedikit beruntung kerana di tengah-tengah kesibukan perlawanan (domestik), jadual mereka sangat sesuai untuk Liga Juara-Juara,” kata Klopp kepada ZDF.

Bundesliga adalah liga pertama daripada lima liga utama Eropah – Liga Perdana, La Liga, Serie A dan Ligue 1 kembali disambung selepas berehat susulan Covid-19.

Itu bermakna, Bayern mempunyai tempoh lebih sebulan di antara kemenangan terakhir ke atas Bayer Leverkusen dalam Piala Jerman dan perlawanan 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea.

Sedangkan Chelsea hanya mempunyai masa seminggu untuk mempersiapkan pasukan menghadapi Bayern setelah tewas dalam final Piala FA kepada Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya