KUALA LUMPUR: Bapa kepada pemain remaja adik-beradik sensasi, Wan Kuzain dan Wan Kuzri, Wan Kamal Wan Napi bersedia menyelamatkan Kelantan yang kini dibelenggu hutang dengan membeli The Red Warriors.
Wan Kamal yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan hasrat tersebut secara terbuka dalam Twitter semalam.
“Saya sedia membeli pasukan tetapi hutang berkenaan mesti diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.
Perkembangan itu disambut baik oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), terutama Kelantan FC akan bergerak secara berasingan daripada persatuan.
Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman berkata, pihaknya akan berhubung dengan Wan Kamal yang kini menetap di Carbondale, Illinois, AS untuk berbincang lebih lanjut.