'Awal lagi nak hukum' - Utusan Malaysia

‘Awal lagi nak hukum’

AKSI pemain Malaysia B-19, Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal (kanan) dalam perlawanan persahabatan menentang Selangor II kelmarin. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk menghukum skuad bawah 19 tahun negara biarpun mereka tewas 0-4 kepada Sela­ngor II dan dibelasah Petaling Jaya City (PJ City FC) 1-6 dalam dua aksi persahabatan.

Jurulatihnya, Brad Maloney berkata, banyak faktor yang membawa kepada kekalahan tersebut tetapi yang penting ia adalah proses pembelajaran.

Kata jurulatih dari Australia itu, anak-anak buahnya juga masih kekok dan sedang me­nerapkan strategi yang dipelajari sewaktu sesi latihan.

“Masih terlalu awal untuk dijang­ka. Kami dalam proses belajar dan mencari keserasian.

“Pemain juga sedang cuba menerapkan apa yang dipelajari dalam latihan ke perlawanan sebenar.

“Mereka mengawal bola dan dan cuba bertahan ketika diasak, jadi sebenarnya bagus kerana ia satu pendedahan,” katanya selepas tamat perlawanan menentang Selangor II kelmarin.

Jumaat lalu, skuad bimbingan Maloney yang sedang membuat persiapan menjelang Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan tewas 1-6 kepada kelab Liga Super, PJ City FC.

Kata Maloney, pasukannya ­berhasrat mengadakan satu atau dua lagi perlawanan persahabatan bagi memantapkan pemain.

“Setakat ini mereka belum jelas dengan strategi yang saya ­inginkan, namun saya boleh lihat mereka mencuba.

“Jadi, kami perlukan satu atau dua lagi aksi persahabatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya