Aubameyang bawa Arsenal juarai Piala FA - Utusan Malaysia

Aubameyang bawa Arsenal juarai Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang membantu Arsenal menewaskan Chelsea 2-1 untuk menjulang Piala FA buat kali ke-14 di Wembley, sebentar tadi.

The Gunners ketinggalan 0-1 selepas Christian Pulisic membuka jaringan Chelsea seawal minit kelima. Dia menyelusup dari tengah padang sebelum mengelirukan pertahanan Arsenal.

Kapten Arsenal, Aubameyang bagaimanapun
menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh Cesar Azpilicueta dalam kawasan penalti.

Aubameyang sekali lagi menjadi wira pasukannya apabila meledak gol kedua pada minit ke-67 selepas melakukan gerakan bijak sebelum menewaskan penjaga gol, Willy Caballero.

Sudahlah ketinggalan 1-2, nasib Chelsea bertambah malang terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Mateo Kovacic dibuang padang pada minit ke-73 kerana menerima kad kuning kedua.

Harapan Blues untuk mengejar Arsenal semakin tipis selepas kecederaan hamstring memaksa Azpilicueta dan Pulisic dikeluarkan awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya