Aksi persahabatan dibenarkan - Utusan Malaysia

Aksi persahabatan dibenarkan

AB. GHANI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana kini boleh menguji keupayaan masing-masing selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi ‘lampu hijau’ untuk mengadakan aksi persahabatan sebagai persiapan awal bagi menyambut saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan berlangsung 26 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, aksi persahabatan itu bagaimanapun melibatkan pasukan Liga Super dan Liga Perdana sahaja, selain hanya beraksi di venue yang telah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum ia berlangsung.

“Hanya melibatkan antara pasukan Liga Super dan Liga Perdana yang mana pegawai dan pemain telah menjalani swab test (ujian calitan) dan disahkan bebas gejala termasuk mendapat kelulusan MFL atau dengan pasukan yang mereka telah bertemu pada perlawanan di peringkat awal sebelum Liga Malaysia ditangguhkan.

Venue pula dibenarkan di dalam stadium atau tempat perlawanan yang telah didaftarkan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), serta hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.

“Tiada kehadiran penonton, hanya pegawai dan pemain yang berdaftar dan telah menjalani swab test (ujian calitan) dibenarkan berada di sana,” kata Ab. Ghani dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab. Ghani mengesahkan beberapa pasukan telah menghantar permohonan dan memaklumkan tentang aksi persahabatan.

“Pasukan terawal yang mengadakan perlawanan persahabatan seperti skuad Red Giants menentang Pulau Pinang di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Rabu ini.

“Kemudian pertemuan UiTM FC menentang Pulau Pinang di Stadium UiTM Shah Alam termasuk Kelantan dengan Terengganu di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu di mana kedua-dua perlawanan itu berlangsung pada 7 Ogos ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya