Ahmad Faizal yakin kemampuan Perak, Perak II - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal yakin kemampuan Perak, Perak II

ZAINOL Fadzi Paharuddin ketika berucap dalam Kongres Tahunan Pafa ke-62 di Ipoh, hari ini. - PERAK TBG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin kedua-dua wakil negeri, Perak dan Perak II sudah bersedia untuk terus berjuang dalam usaha mencipta kejayaan apabila Liga Malaysia (M) bersambung mulai 26 Ogos ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, walaupun baki saingan Liga Malaysia (Liga M) 2020 akan dilangsungkan tanpa gegak gempita sorakan penonton, namun yakin pemain tetap mengusahakan persembahan terbaik.

“Kejayaan akan menjadi pengubat duka dan menghadirkan keceriaan pada saat kita berhadapan dengan tempoh yang sangat mencabar ketika ini,” katanya dalam Kongres Tahunan Pafa ke-62 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang mewakili Menteri Besar.

Ahmad Faizal berharap pemain mengusahakan kejayaan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia kali ini berikutan langkah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengubah kuota penyertaan bagi kelab-kelab dari Malaysia pada Liga Juara-Juara Asia dan Piala AFC 2021.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan bahawa Juara Liga Super 2020 akan beraksi secara automatik di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia, manakala naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia 2020 akan beraksi dalam Piala AFC 2021 .

“Perkembangan ini boleh menjadi satu berita baik kepada kelab-kelab bola sepak di Malaysia.

“Penglibatan di peringkat Asia akan membantu mempertingkatkan kemampuan kelab secara keseluruhan, sekali gus dapat memartabatkan lagi nama dan imej negeri di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Perak terkesan dengan penularan wabak Covid-19 tetapi atas rasa tanggungjawab diri dan pegawai tinggi Persatuan berusaha menangani masalah dihadapi menyaksikan tiada pemain dan pegawai kehilangan pekerjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya