AFC B-19 mungkin ditunda tahun depan - Utusan Malaysia

AFC B-19 mungkin ditunda tahun depan

PEMAIN Malaysia tetap menjalani latihan seperti biasa walaupun status Kejohanan AFC B-19 yang dijadual Oktober ini masih tidak menentu. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 19 (B-19) yang sepatutnya berlangsung di Uzbekistan, Oktober depan mungkin dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Menguatkan lagi kemungkinan itu apabila Uzbekistan mencatat 376 kes baharu dan merekodkan lima kematian, sekali gus menunjukkan negara tuan rumah berada dalam zon bahaya.

Walaupun tiada sebarang keputusan diumumkan AFC, namun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin percaya, penganjuran kejohanan juga akan dibuat dengan mengambil kira kekangan negara peserta termasuk Malaysia selepas kerajaan masing-masing menguatkuasa larangan ke luar negara bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) AFC tidak menolak situasi sama turut berlaku tahun depan dengan banyak penganjuran perlawanan bola sepak tidak dapat dilaksanakan berikutan ketika ini pandemik Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan tanda penurunan.

“FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia(MFL) perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuklah pasukan kebangsaan untuk bermain dalam kejohanan antarabangsa pun tidak boleh.

“Kejohanan AFC B-19 mungkin juga ditunda mungkin bukan saja Malaysia tidak boleh sertai jika ada satu atau dua negara lain juga kerajaan mereka tidak benarkan mungkin tak boleh teruskan kejohanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kongres FAM ke 56 di sini hari ini.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya terpaksa berehat panjang untuk tahun ini apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023 yang dijadualkan hujung tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Hamidin berkata, kalendar bola sepak tahun depan juga mungkin dibatalkan jika Covid-19 tidak menunjukkan tanda penurunan.

“Pada masa sekarang kita hanya boleh memantau situasi dan bersedia segala kemungkinan jika penganjuran beberapa kejohanan dibatalkan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya