Ada sinar buat Kelantan - Utusan Malaysia

Ada sinar buat Kelantan

AHMAD Muzakkir Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman berlangsung di Kuala Lumpur semalam berhubung hasrat individu untuk menyelamatkan pasukan The Red Warriors (TRW) menunjukkan respon positif.

Khabar gembira itu disahkan sendiri oleh Naib Presiden KAFA Ahmad Muzakkir Hamid ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Muzakkir berkata, sepanjang pertemuan itu Norizam menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menyelamatkan masa depan TRW.

“Alhamdulillah ia baik untuk masa depan bola sepak Kelantan, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi dengan lebih lanjut dan buat masa ini ia tidak boleh didedahkan kepada umum (penyokong).

“Jadi saya menyeru kepada penyokong untuk terus berdoa semoga usaha yang dilakukan oleh kempimpinan KAFA ini membawa kejayaan pada pasukan,” katanya.

Utusan Malaysia 7 Ogos lalu melaporkan, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham muncul individu terbaharu berminat membeli pasukan bola sepak Kelantan.

Zamsahan yang juga usahawan burger dan pemilik rangkaian hotel dari selatan tanah air meletakkan lima syarat untuk dipenuhi KAFA sebelum memulakan rundingan.

Syarat tersebut adalah menunjukkan akaun semasa (audit), perancangan pasukan, struktur organisasi, pendapatan (aliran tunai) dan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman)

Ahmad Muzakkir memberitahu, KAFA akan terus bekerja keras bagi memastikan TRW tidak akan terkubur dari saingan Liga Malaysia (Liga M) pada masa hadapan.

Katanya, bola sepak adalah ‘hiburan’ tradisi rakyat Kelantan yang perlu dipertahankan kerana ia merupakan medium penyatuan paling utuh tanpa mengira latar belakang agama, masyarakat mahupun ‘bendera’ politik.

Sementara itu, Zamsaham turut berkongsi perkara yang sama dengan memberitahu pertemuan tersebut cukup positif buat kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya