Tiada duit, tiada masalah untuk menang - Utusan Malaysia

Tiada duit, tiada masalah untuk menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedah beraksi seperti tiada masalah berlaku, namun realitinya mereka turun dengan poket kosong untuk menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam saingan Liga Super semalam.

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, bukan mudah untuk mereka memberikan aksi terbaik meskipun sudah lima bulan gaji skuad Lang Merah tertunggak.

“Bayangkan kalau anda di tempat kami, turun dalam aksi kompetitif tanpa gaji. Jujur saya katakan bukan mudah. Pemain import pula berjauhan dari keluarga.

“Apa yang boleh saya katakan, disebabkan moral, sikap dan komitmen pemain membuatkan kami semua bersatu padu, termasuk staf kejurulatihan dan pihak di belakang tabir.

“Saya rasa inilah pasukan yang memiliki ramai pemain berjiwa pejuang, suka membantu bagi mencapai impian.

“Malam ini terbukti mereka dalam prestasi terbaik biarpun kami tiada duit di dalam bank, tetapi masih memberikan segalanya selama 90 minit demi memungut tiga mata,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam saingan kelima Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, Tchetche Kipre muncul wira apabila meledak dua gol, sekali gus membolehkan Lang Merah menduduki tangga keempat dengan tujuh mata.

Mengulas lanjut, Aidil berharap Lang Merah memberi sokongan dan kepercayaan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang kini berusaha melangsaikan tunggakan gaji minggu depan seperti dirancang.

“Ya saya dengar minggu depan (KFA nak langsaikan). Mereka telah melakukan yang terbaik, sekarang apa yang perlu kami lakukan adalah terus pandang ke depan.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya