Wolves hampiri kelayakan Liga Europa - Utusan Malaysia

Wolves hampiri kelayakan Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Wolverhampton semakin menghampiri aksi kelayakan Liga Europa selepas menewaskan Crystal Palace 2-0, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo memecahkan kebuntuan perlawanan di Molineux sebelum waktu rehat menerusi tandukan jarak dekat Daniel Podence dan ia adalah jaringan sulungnya sejak menyertai pasukan itu dari Olympiacos, Januari lalu.

Palace yang kehilangan tonggak pertahanan, Mamadou Sakho akibat kecederaan pada pertengahan perlawanan terus ketinggalan pada minit ke-68.

Jonny Castro Otto memanfaatkan peluang untuk mengatasi penjaga gawang Vicente Guaita dan sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan keenam liga mengatasi Tottenham.

Wolverhampton akan berdepan Chelsea di Stamford Bridge bagi aksi terakhir musim ini manakala Palace  berdepan Spurs di Sellhurst Park. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya