Wan Kuzri tak dapat panggilan kedua - Utusan Malaysia

Wan Kuzri tak dapat panggilan kedua

WAN Kuzri Wan Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain muda yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Kamal mungkin tidak akan menyertai sesi latihan fasa kedua yang dijangka diadakan bulan depan.

Menurut ketua jurulatih skuad bawah (B-19) tahun negara, Brad Maloney beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk memanggil semula Wan Kuzri untuk menyertai sesi latihan seterusnya, termasuk perbincangan dengan Akademi Bola Sepak St Louis di AS dan juga faktor prosedur membabitkan pandemik Covid-19.

“Saya perlu bincangkan perkara ini kerana dia mungkin terpaksa kembali kepada kelab. Kami harus mempertimbangkan beberapa perkara seperti keperluan kuarantin akibat pandemik dan banyak faktor yang harus dipertimbangkan.

“Kami juga perlu bekerjasama bersama dia dan kelabnya untuk mendapatkan penyelesaian terbaik jika dia boleh menjadi sebahagian daripada skuad untuk latihan pusat yang akan datang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Wan Kuzri mula menyertai latihan bersama skuad negara sejak Khamis lalu selepas tamat tempoh kuarantin 14 hari dan latihan pusat fasa satu akan berakhir Ahad ini.

Tambah Maloney, buat masa ini pasukannya tidak akan mengadakan sebarang aksi persahabatan sepanjang kem latihan fasa satu.

“Kami memang mempertimbangkan untuk mengadakan aksi persahabatan, tapi selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan dan melihat reaksi daripada pemain, kami belum bersedia mengharungi perlawanan.

“Jadi, untuk latihan pusat kali ini kami tidak akan adakan sebarang aksi persahabatan, teruskan latihan dan mungkin pada kem latihan seterusnya kami akan adakan aksi persahabatan.

“Untuk latihan fasa kedua, kami akan menilai pemain mana yang akan dipanggil semula atau tidak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya