Wan Kuzri dalam senarai Maloney - Utusan Malaysia

Wan Kuzri dalam senarai Maloney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Kamal tetap berada dalam 30 pelatih latihan pusat fasa kedua skuad Malaysia Bawah 19 (B-19) bermula 3 hingga 30 Ogos ini.

Perkara itu pasti melegakan peminat bola sepak tanah air selepas pemain Akademi Bolasepak ST Loius itu sebelum ini dilaporkan kemungkinan tidak dipanggil jurulatih, Brad Maloney atas beberapa faktor termasuk membabitkan pandemik COVID-19.

Kem latihan kali ini boleh dianggap ujian sebenar buat Wan Ahmad Kuzri berbanding latihan fasa pertama sebelum ini yang tidak membabitkan sebarang aksi persahabatan.

Seramai 26 pemain daripada senarai 35 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat fasa pertama dari 6 hingga 26 Julai lalu dipanggil semula untuk mengikuti kem latihan fasa kedua ini.

Bagi latihan fasa kedua ini, Maloney turut menyenaraikan tiga pemain baharu termasuk penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama Ahmad Irfan Ibrahim dari Terengganu FC dan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Ziad Al Basheer Norhisham.

“Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebelum meneruskan kem latihan pusat fasa ketiga pada September depan bagi memilih senarai akhir 23 pemain yang akan ke Uzbekistan,” kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, hari ini.

Latihan pusat diadakan bagi persiapan untuk skuad B-19 menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.

Skuad muda negara tampak melakukan persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan itu yang turut menawarkan tiket ke Piala Dunia B-20 di Indonesia, tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya