Villa tewaskan Arsenal selepas 22 tahun - Utusan Malaysia

Villa tewaskan Arsenal selepas 22 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Masih segar dengan kemaraan ke final Piala FA, Arsenal dilanda ‘mimpi buruk’ apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Villa Park, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal pemain sayap Mesir, Trezeguet sudah cukup buat skuad bimbingan Dean Smith memungut tiga mata bermakna di laman sendiri dan keluar dari zon penyingkiran liga.

Kekalahan 0-4 Watford di tangan Manchester City juga membantu Villa menyelamatkan diri daripada kedudukan tiga terbawah.

Lebih manis, ini kemenangan pertama Villa di laman sendiri ke atas The Gunners dalam saingan EPL selepas 18 percubaan sejak tahun 1998.

Villa kini berada di kedudukan ke-17 liga dengan mempunyai kelebihan gol ke atas Watford walaupun berkongsi mata yang sama iaitu 34.

Tiga pasukan terbawah liga akan tersingkir musim depan yang menyaksikan Bournemouth dan Norwich City telah sah terkeluar manakala nasib Villa dan Watford akan diketahui pada aksi terakhir liga musim ini.

Villa akan ke West Ham untuk perlawanan terakhir musim ini pada Ahad manakala Watford berkunjung ke Arsenal.

“Ia suntikan semangat yang besar, itu sudah pasti. Kami tahu kami perlu menang untuk mengejar Watford dan kini kami menentukan sendiri nasib kami,” kata Smith. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya