United kembali dalam kelompok elit - Utusan Malaysia

United kembali dalam kelompok elit

PEMAIN Manchester United meraikan jaringan Jesse Lingard (kanan) dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester hari ini. United mengalahkan Leicester City 2-0. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER: Manchester United kembali ke kancah elit Liga Juara-Juara musim depan selepas sepakan penalti Bruno Fernandes dan jaringan lewat minit Jesse Lingard membantu mereka menumpaskan Leicester City 2-0 dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer menutup kempen dengan menduduki tangga ketiga menerusi 66 mata, 33 mata di belakang juara, Liverpool yang menang 3-1 ke atas Newcastle.

Manchester City melengkapkan kempen dengan membelasah Norwich City 5-0, sekali gus mengumpul 81 mata daripada 38 perlawanan dan Chelsea di tangga keempat selepas berkongsi 66 mata bersama United hasil kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton.

“Pencapaian hebat daripada pemain kami. Perlawanan mungkin tidak klasik tetapi itu tak penting kerana yang mustahak semua orang boleh melihat United kini pasukan berbeza berbanding pada awal musim.

“Melayakkan diri ke Liga Juara-Juara bermakna lawan lebih besar dan mencabar menanti musim depan. Kami perlu tampil lebih kuat dan agresif.

“Kelab juga tahu apa yang saya fikirkan (dalam jendela perpindahan). Kami perlu melakukan pembelian dan tengok di mana kami berada nanti,” kata Solskjaer.

Aksi di Stadium King Power berlangsung agak tegang kerana Leicester yang turut memburu kelompok empat teratas tampak tertekan selepas kedudukan terikat 0-0 ketika permainan berbaki 19 minit.

Akibatnya, Jonny Evans dan Wes Morgan menjatuhkan penyerang United, Anthony Martial untuk membolehkan Red Devils dihadiahkan sepakan penalti yang kemudian disempurnakan oleh Fernandes.

Evans kemudian dibuang padang kerana mengkasari Scott McTominay, dan penjaga gol tuan rumah, Kasper Schmeichel menjadikan keadaan bertambah buruk apabila kesilapannya membolehkan Lingard meledak gol kedua United lapan minit memasuki waktu kecederaan.

Kekalahan di tempat sendiri menyaksikan Leicester terpaksa berpuas hati menutup kempen di tangga kelima untuk meraih tiket Liga Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya