United intai khidmat Van de Beek - Utusan Malaysia

United intai khidmat Van de Beek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Legenda Arsenal, Ian Wright mendakwa, Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat Donny van de Beek.

Pemain Belanda itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sejak beberapa bulan lalu menerusi laporan De Telegraaf.

Juara Eropah 13 kali, Real Madrid juga memantau perkembangan bintang tengah Ajax  itu sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 menyaksikan Los Blancos membatalkan hasrat untuk mendapatkan Van de Beek, 23.

“Saya dengar Donny van de Beek dari Ajax menjadi sasaran United. Saya rasa dia sesuai berada di sana,” katanya.

United yang sedang berusaha mengukuhkan bahagian tengah melihat Van de Beek sebagai calon  sempurna. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN