KUALA LUMPUR: Manchester United dan Chelsea melengkapkan kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas saingan memasuki perlawanan terakhir hari ini.
Kedua-dua pasukan menutup kempen dengan menumpaskan Leicester City dan Wolverhampton 2-0, sekali gus menghuni tangga ketiga serta keempat.
Aston Villa pula terselamat daripada tersingkir selepas mengikat West Ham 1-1.
Bournemouth dan Watford sebaliknya mengikuti jejak Norwich terkeluar dari liga utama musim depan.
Berikut adalah keputusan 10 perlawanan terakhir EPL yang berlangsung serentak hari ini.
KEPUTUSAN
Arsenal 3-2 Watford
Burnley 1-2 Brighton
Chelsea 2-0 Wolverhampton
Crystal Palace 1-1 Tottenham
Everton 1-3 Bournemouth
Leicester 0-2 Man. United
Man. City 5-0 Norwich
Newcastle 1-3 Liverpool
Southampton 3-1 Sheffield Utd
West Ham 1-1 Aston Villa

PENYERANG Chelsea, Olivier Giroud (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Jorginho dalam aksi penutup Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton di Stamford Bridge, London hari ini. – AFP