Undi saya untuk negara - Piya - Utusan Malaysia

Undi saya untuk negara – Piya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas jeneral padang Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi menagih sokongan rakyat Malaysia untuk mengundi jaringannya pada Piala AFC 2013 yang tersenarai dalam kategori ‘chips’, ‘lobs’ dan ‘scoops’ badan induk bola sepak Asia, AFC.

Mohd. Badhri atau Piya, 38, berkata, undian tersebut bukan untuk dirinya tetapi penghormatan buat bola sepak Malaysia dan ia menjadi lebih bermakna kerana negara bakal menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

“Anda boleh lihat apabila Muhammad Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk gol paling cantik sepanjang 2016 lalu.

“Ia telah mengangkat imej bola sepak negara di pentas dunia sekali gus membuktikan Malaysia tidak ketandusan bakat berkualit,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Piya yang terkenal dengan hantaran ‘gelembung buaya’ memberitahu, dia cukup teruja apabila jaringan tersebut tersenarai dalam lima terbaik.

Walaupun gol itu sudah lapan tahun berlalu, namun ia terpahat antara kenangan terindah sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya sendiri tidak menyangka jaringan lambung itu mampu menerjah jaringan pasukan lawan kerana jaraknya di luar kawasan kotak penalti,” ujarnya.

Berbaki dua hari lagi sebelum tarikh tutup undian iaitu pada Khamis ini, Piya kini menguasai undian sebanyak 93 peratus.

Piya jauh meninggalkan pesaing lain, antaranya Kyaw Ko Ko dari Vietnam dan Bienvenido Maranon yang berkongsi kedudukan kedua dengan tiga peratus undian.

Sebelum ini, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid mengharumkan nama Malaysia apabila diundi sebagai pemenang gol lencongan terbaik sepanjang Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Peminat yang mahu mengundi boleh lawati:https://www.the-afc.com/competitions/afc-cup/latest/news/5-of-the-best-chips-lobs-and-scoops-x8622

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya