Tyson kembali bertinju 12 September - Utusan Malaysia

Tyson kembali bertinju 12 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Legenda tinju, Mike Tyson bakal membuat kemunculan semula selepas 15 tahun bersara dengan menentang Roy Jones Jr. dalam pertarungan lapan pusingan di Los Angeles, 15 September ini.

Tyson, 54, bekas juara heavyweight dunia yang bersara pada 2005 mengumumkan mengenai kemunculan semulanya dalam laman web Legends Only League hari ini.

“Ia pasti hebat,” kata Tyson dalam panggilan video bersama ESPN.

Tyson telah memenangi 50 daripada 58 pertarungan sepanjang kariernya yang gemilang dan dia merasakan ada sesuatu yang ‘hilang’ dalam dirinya selepas berhenti bertinju.

Tyson berikrar pertarungan akan berlangsung kompetitif dan bukan sekadar pertunjukan.

“Kami akan menunjukkan skil dan bertarung.

“Anda akan melihat Mike Tyson sebenar dalam gelanggang, saya pasti 100 peratus,” katanya.

Jones Jr, 51, pula berkata, dia sedia keluar daripada persaraan untuk berdepan Iron Mike.

Petinju Amerika Syarikat itu bersara pada 2018 selepas melengkapkan karier tinju profesionalnya dengan 66 kemengan, termasuk 47 knockout.

Jones pernah memenangi gelaran middleweight, super middleweight, light heavyweight dan heavyweight. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya