LONDON : Bekas pemain Perancis, Nicolas Anelka menyarankan Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk terus kekal bersama Liverpool dan lupakan hasrat menyertai Real Madrid.
Gandingan Salah dan Mane menjadi kunci kepada kejayaan The Reds menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris selama 30 tahun.
Salah menjaringkan 19 gol dengan sembilan bantuan jaringan manakala Mane kurang dua berbanding rakan sepasukannya dengan bantuan Roberto Firmino.
Statistik tersebut sudah pasti menarik minat Real namun Anelka yang pernah bersama Los Bloncos selama semusim pada 1999-2000 selepas beraksi cemerlang bersama Arsenal menyifatkan Anfield adalah tempat terbaik buat kedua-dua pemain itu.
“Ketiga-tiga pemain termasuk Firmino adalah luar biasa.
“Saya suka mereka terutama Firmino kerana dia adalah kunci kejayaan Salah dan Mane.
“Salah dan Mane adalah antara penyerang terbaik dunia, sudah pasti kualiti seperti ini menarik minat Real.
“Bagaimanapun, Liverpool mampu bersaing dengan Real, jadi tiada sebab untuk mereka berhijrah,” katanya.
Anelka kembali ke England pada 2001 dengan menyertai Liverpool untuk sementara waktu daripada Paris Saint-Germain (PSG). – AGENSI