Raih 15 terbaik atau gugur - Utusan Malaysia

Raih 15 terbaik atau gugur

KHAIRUL Idham Pawi diberi amaran selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam tiga pusingan pertama Moto3 musim ini. - Ihsan Petromas Yamaha SRT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tamatkan kejuaraan dunia dalam kelompok 15 terbaik atau bakal digugurkan.

Itu kata dua yang diberikan oleh prinsipal pasukan, Petronas Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.

Razlan mengakui kecewa dengan aksi hambar yang ditunjukkan oleh pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu pada saingan awal musim.

Kata Razlan, baki 11 perlumbaan musim ini bakal menjadi penentu sama ada Khairul Idham akan terus mewakili pasukan musim hadapan.

“Khairul Idham kena buat sesuatu. Saya pun hairan kenapa banyak pengubahsuaian yang kita buat untuk jentera dia, tapi masih gagal meraih kedudukan terbaik.

“Saya tidak pasti dengan masalah dia walaupun jentera sama turut digunakan rakan sepasukannya, John McPhee,” kata Razlan yang dipetik kepada Bernama.

Razlan menegaskan semua pelumba pasukan itu, termasuk dua penunggang Moto2 iaitu, Xavi Vierge dari Sepanyol dan Jake Dixon (Britain) mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai.

Khairul Idham, 21, yang terkenal dengan julukan Super KIP sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-26 pada Grand Prix (GP) Qatar, 8 Mac lalu.

Dia kemudian menduduki tangga ke-22 dan 20 dalam GP Sepanyol serta Andalusia di Litar Jerez, bulan ini.

Kejuaraan MotoGP Dunia akan diteruskan dengan GP Republik Czech di Litar Brno dari 7 hingga 9 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya