JEREZ, Sepanyol: Fabio Quartararo muncul pelumba Perancis pertama dalam tempoh 21 tahun merangkul kejuaraan MotoGP pada Grand Prix Motosikal Sepanyol, sebentar tadi.
Quartararo, 21, yang menunggang buat pasukan Petronas Yamaha SRT memulakan perlumbaan dari petak pertama, sebelum mengharungi tiga pusingan terakhir dengan selesa apabila pencabarnya yang juga penyandang juara dunia, Marc Marquez terkeluar daripada saingan akibat kemalangan. – AFP