JEREZ, Sepanyol: Penunggang Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo memahat sejarah muncul pelumba pertama Perancis dalam tempoh 21 tahun merangkul kejuaraan kelas utama dalam Grand Prix (GP) Motosikal Dunia apabila menjuarai perlumbaan di Sepanyol, hari ini.
Biarpun bermula dari petak pertama, namun Quartararo, 21, memenangi perlumbaan dengan penuh dramatik apabila mengambil kesempatan penuh ke atas kesilapan yang dilakukan penyandang juara dunia, Marc Marquez yang mengalami kemalangan ketika saingan berbaki empat pusingan.
Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) serta Andrea Dovizioso (Ducati Team) melengkapkan podium dengan menduduki tangga kedua dan ketiga. – AGENSI