Pemain Liga M tak perlu harga siling - Utusan Malaysia

Pemain Liga M tak perlu harga siling

STATUS Twitter yang dimuat naik Tunku Ismail semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk Malaysia menetapkan harga siling buat pemain liga bola sepak tempatan kerana yang penting adalah kebijaksanaan pasukan menguruskan kewangan, kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tegas Tunku Ismail, masalah gaji tidak akan timbul jika setiap pasukan mengamalkan konsep ‘mengukur baju di badan sendiri’ dengan berbelanja secara berhemah, terkawal dan mengikut kemampuan.

“Pemain tidak perlu harga siling. Pengurusan kelab perlu lebih berdisiplin dalam berbelanja mengikut kemampuan.

“Segelintir pihak juga perlukan pentadbir baharu dalam pasukan,” katanya dalam Twitter miliknya semalam.

Tunku Ismail berkata demikian bagi menjawab gesaan sesetengah pihak agar Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan harga siling buat semua pemain Liga Malaysia (Liga M).

Terbaharu, pasukan Kedah terpaksa menanggung bebanan hutang RM10.6 juta yang perlu dilunaskan kepada pemain dan pegawai yang tidak menerima gaji sejak lima bulan lalu.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum ini turut menolak cadangan memperkenalkan harga siling kerana melihat ia sebagai langkah ke belakang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya