McPhee tebus kecewa di Andalusia - Utusan Malaysia

McPhee tebus kecewa di Andalusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Selepas gagal menamatkan saingan minggu lalu, pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing, John McPhee bangkit dengan muncul naib juara Grand Prix Andalusia, sebentar tadi.

Pelumba SIC58 Squadra Corse, Tatsuki Suzuki yang memulakan perlumbaan dari petak pertama merangkul kejuaraan dengan catatan 39 minit 18.861 saat, diikuti McPhee yang ketinggalan 0.064s.

Pelumba pasukan SKY Racing Team VR46, Celestino Vietti melengkapkan podium di tangga ketiga.

Terdahulu, pendahulu kejuaraan, Albert Arenas dari pasukan Solunion Aspar Team Moto3 terlibat dengan kemalangan ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan untuk ditamatkan.

Dia dilihat tergelincir sejauh 20 meter ke kawasan berbatu tetapi mampu berjalan untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, pelumba negara yang juga rakan sepasukan McPhee, Khairul Idham Pawi gagal meraih sebarang mata selepas menamatkan saingan di keudukan ke-22.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya