Mat Yat jangan banyak main cinta - Utusan Malaysia

Mat Yat jangan banyak main cinta

KELUARGA mahu Akhyar Rashid mengukuhkan karier bola sepak. - Gambar Instagram Akhyar Rashid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Diberi gela­ran pemain RM12 juta, namun sehingga kini karier Akhyar Rashid belum mencapai tahap membanggakan selepas dua musim menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pelbagai kisah peribadi yang menyelubungi Akhyar meresahkan keluarganya, terutama gosip cinta dengan pelakon muda, Eyka Farhana yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Bermula dengan gambar tular ketika bercuti di luar negara yang tersebar dalam media sosial, di­susuli kejutan sambutan hari lahir ke-21 Akhyar atau mesra disapa Mat Yat.

Abang Akhyar, Rafdi Rashid berkata, dia memahami ke­perluan adiknya yang semakin meningkat dewasa, namun pemain itu juga perlu bijak mena­ngani urusan peribadi agar tidak ‘hanyut’.

“Sampai masa dia akan mempunyai kehidupan sendiri dan berkahwin tetapi sebagai abang, saya tidak akan berhenti menasihatinya.

“Mungkin pada usia dia sekarang, karier perlu menjadi keutamaan. Bukan tidak bagi (halang) untuk berkawan, cuma kena pandai menjaga batas.

“Keluarga tahu (hubungan Akhyar dan Eyka) dan tidak pernah halang, tetapi berkawan biarlah cara yang baik.

“Tentang bercuti, memang keluarga tak tahu dia rancang berjumpa (Eyka) di sana kerana kami hanya diberitahu dia ingin bercuti,” kata Rafdi ketika dihubungi Utusan ­Malaysia baru-baru ini.

RAFDI Rashid (berdiri tiga dari kiri) dan Akhyar (duduk kiri) bersama keluarga. – Gambar Instagram Akhyar Rashid

Rafdi turut berpesan kepada Eyka agar memahami kerjaya Akhyar sebagai pemain bola sepak dan sentiasa memberi sokongan ke arah positif.

“Pasangan yang berkawan de­ngan Mat Yat kena faham apa tugas dia, apa yang dia perlukan.

“Dia kena bagi sokongan ke arah kebaikan bukan hanya ­untuk berseronok,” katanya.

Pada 2018, Akhyar mencetus kontroversi apabila memilih menyertai JDT ketika masih memiliki kontrak dengan Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya