LONDON : Manchester City mengintai penyerang muda Argentina, Lautaro Martinez sebagai pengganti Sergio Aguero selepas menerima perkhabaran positif daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) semalam.
Martinez, 22, yang kini bersama kelab Serie A, Inter Milan bagaimanapun dikatakan lebih berminat untuk menyertai Barcelona dan berganding dengan rakan senegaranya, Lionel Messi.
City memiliki kedudukan kewangan lebih stabil berbanding Barca yang berdepan masalah berhubung polisi perpindahan pemain.
Skuad The Citizens sememangnya berminat untuk mendapat Martinez selepas dia beraksi cemerlang dengan membentuk jentera serangan berkesan bersama Romelu Lukaku di Inter Milan.
Bagaimanapun Martinez memberikan jawapan jelas yang dia hanya akan ke Barcelona atau terus kekal bersama Inter sekiranya perpindahan ke kelab Catalan itu gagal. – AGENSI