Marquez tak sabar kembali berlumba - Utusan Malaysia

Marquez tak sabar kembali berlumba

MARC Marquez selamat menjalani pembedahan tangan semalam. - Instagram Marc Marquez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Penyandang juara MotoGP dunia, Marc Marquez tidak sabar untuk kembali berlumba selepas selamat menjalani pembedahan tangan ekoran terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan pembukaan musim 2020, Grand Prix Sepanyol, Ahad lalu,

Pasukan Repsol Honda dalam satu kenyataan berkata, Marquez berada di hospital Barcelona lebih 48 jam bagi menjalani pembedahan memasukkan kepingan titanium ke dalam tangan kanannya.

“Dia mahu kembali secepat mungkin pada musim ini dengan tarikhnya akan diberitahu kelak,” kata Honda.

Pelumba berusia 27 tahun dari Sepanyol itu, yang juga pemenang kejuaraan MotoGP dunia enam kali gagal mengawal jenteranya sehingga terbabas di selekoh ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan dalam aksi di Litar Jerez, hujung minggu lalu.

Marquez kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan mengalami patah bahagian humerus kanan.

Insiden itu menyebabkan pelumba tersebut terlepas pusingan kedua pada GP Andalusia di litar yang sama, Ahad ini.

Rakan senegara Marquez, Alex Rins serta pelumba Britain, Cal Crutchlow juga mungkin terlepas beraksi pada pusingan kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya