Mana ada Liverpool angkuh - Utusan Malaysia

Mana ada Liverpool angkuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menempelak Frank Lampard dan memberitahunya banyak lagi yang perlu dipelajari selepas pengurus Chelsea itu menggelar Liverpool ‘angkuh’.

Ketika Liverpool menang 5-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris Khamis lalu, Lampard bertelagah dengan pembantu Klopp, Pepijn Lijnders mengenai kekasaran yang membawa kepada sepakan percuma diambil Trent Alexander-Arnold untuk menjadikan kedudukan 2-0.

“Permainan bersih buat Liverpool Football Club, mereka menang liga tetapi jangan jadi terlalu angkuh,” kata Lampard dalam temu bual selepas perlawanan.

Klopp menolak dakwaan itu dan menegaskan, Lampard sepatutnya belajar untuk mengelak berperang mulut sepanjang 90 minit permainan.

“Anda tidak boleh menempelak saya dan rakan sepasukan di tempat duduk dengan sesuatu seperti itu kerana kami tidak angkuh.

“Jelas, Frank berada dalam mood sangat kompetitif, jadi saya menghormatinya. Pada pendapat saya dalam situasi seperti ini, anda boleh kata apa yang anda mahu tetapi biarlah selepas perlawanan sudah tamat.

“Sudah banyak kali saya katakan sebelum ini, dia (Lampard) datang ke sini (Anfield) dengan penuh emosi kerana perlu menang atau mendapatkan satu mata untuk layak ke Liga Juara-Juara,” kata pengurus Liverpool, Klopp.

Pertelagahan antara kedua-dua pasukan menjadi tular dengan kata-kata Lampard jelas kedengaran dalam stadium kosong itu.

“Daripada aspek bahasa yang saya gunakan, saya menyesalinya kerana saya rasa ia (video) terlalu banyak dimainkan semula dalam media sosial,” kata Lampard, yang kedengaran mengeluarkan kata-kata kesat kepada Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya