Macam tak percaya West Brom kembali ke Liga Perdana - Utusan Malaysia

Macam tak percaya West Brom kembali ke Liga Perdana

PEMAIN West Brom meraikan kejayaan kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Slaven Bilic menganggap kepulangan West Brom ke Liga Perdana Inggeris adalah detik paling membanggakan dalam kariernya.

Skuad The Baggies mengesahkan tiket ke liga utama musim depan selepas mengikat Queens Park Rangers (QPR) 2-2 awal pagi tadi, sekali gus mengiringi Leeds United yang terlebih dulu meraih slot selaku juara Liga Kejuaraan.

Kekalahan 1-2 yang dialami pasukan tangga ketiga, Brentford kepada Barnsley, manakala Fulham terikat 1-1 dengan Wigan, membolehkan West Brom menamatkan kempen selaku naib juara kejohanan divisyen satu itu.

“Anda tidak tahu betapa peritnya musim ini. Anda tidak dapat bayangkan betapa bangga dan gembiranya saya, ia sukar dipercayai (West Brom kembali dalam kancah Liga Perdana Inggeris).

“Saya mengendalikan skuad negara saya selama enam tahun. Sebelum ini saya kata tiada kelab yang mampu menandingi rasa bangga membimbing pasukan kebangsaan tetapi hari ini saya rasa amat bangga,” kata bekas pengurus Croatia itu.

SLAVEN BILIC

Sementara itu juara Piala FA 2013, Wigan tergelincir ke League One bersama Hull City dan Charlton.

Charlton tewas 4-0 di Leeds, yang menerima trofi Liga Kejuaraan pada perlawanan – trofi pertama mereka sejak tahun 1992. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya