Lukaku buat Genoa terluka - Utusan Malaysia

Lukaku buat Genoa terluka

ROMELU LUKAKU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Dua gol hasil jaringan penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku pada kedua-dua babak membantu pasukannya melakar kemenangan besar 3-0 ke atas Genoa seterusnya mendaki ke kedudukan kedua Serie A di belakang Juventus.

Juventus bakal meraih gelaran kesembilan berturut-turut dan yang ke-36 Serie A di Turin apabila berdepan Sampdoria, awal pagi esok.

Inter kembali mengatasi Atalanta untuk berada di bawah Juventus dengan ketinggalan empat mata selepas dua kali tercicir mata ketika bertemu AS Roma dan Fiorentina, sebelum ini.

“Masalahnya ialah bagaimana anda melihat gelas, sama ada separuh penuh atau separuh kosong.

“Ada pepatah mengatakan anda menabur sedikit tapi menuai banyak dan anda hanya menabur dan menuai sedikit, sama seperti ini.

“Tapi ada nombor yang kita lihat dengan jelas, iaitu rasa selesa. Saya rasa pemain beraksi dengan bagus. Kami tidak akan menang liga tetapi kami mesti menamatkannya sebaik mungkin,” kata Conte. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya