Liga M tidak akan ditunda lagi - Utusan Malaysia

Liga M tidak akan ditunda lagi

PASUKAN Liga M boleh meneruskan persiapan seperti biasa kerana saingan akan diteruskan seperti dirancang bermula 26 Ogos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) yang dijadual bersambung pada 26 Ogos ini tidak akan ditunda sekali lagi.

Selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan semua akan berjalan seperti dirancang.

“Keputusan untuk menyambung Liga M seperti yang dirancang adalah kekal, tiada perubahan setakat ini dan semua pasukan sedang giat melakukan persiapan rapi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Ab. Ghani, keputusan tersebut sejajar dengan kebenaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri baru-baru ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh MFL pada 17 Julai lalu, Liga M yang ditangguhkan sejak 16 Mac akibat pandemik Covid-19 akan kembali bersambung pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Perdana manakala saingan Piala Malaysia bermula pada 17-18 Oktober depan.

Bagaimanapun perlawanan tertunda iaitu Liga Super yang menemukan PJ City FC dengan Terengganu FC serta perlawanan Liga Perdana, UKM FC menentang Kelantan akan diadakan pada 22 Ogos 2020.

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, peminat bola sepak ta­nah air terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan pasukan masing-masing beraksi di stadium kerana Liga M mungkin tertunda lagi ekoran wujudnya peningkatan kes dalam tempoh beberapa hari ini.

Dalam masa sama, Ab. Ghani mengingatkan pemain, pegawai dan semua pihak terlibat agar mengikuti prosedur operasi standard (SOP) serta mengekalkan momentum seperti sesi latihan Fasa 1.

Ini kerana beliau optimis dengan mematuhi SOP dan disiplin tinggi, ia dapat membantu memutuskan rantaian pandemik Covid-19 selaras dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya