Lega Piala AFF ditunda - Cheng Hoe - Utusan Malaysia

Lega Piala AFF ditunda – Cheng Hoe

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya yang bakal mengharungi jadual padat bermula Oktober ini amat lega apabila saingan Piala AFF yang sepatutnya berlangsung pada November ditunda ke tahun depan.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, penundaan itu memberi ruang buatnya menyiapkan pasukan menghadapi cabaran getir kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Kalau Piala AFF diteruskan bermakna Harimau Malaya ada perlawanan pada Oktober, November serta Disember, mereka pasti tidak bersedia secara mental dan fizikal.

“Tahun depan pun sebenarnya jadual bola sepak agak padat, tetapi lebih baik tidak main banyak perlawanan tahun ini kerana pemain sudah tiga bulan tidak beraksi secara kompetitif akibat Covid-19,” kata Cheng Hoe kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kelmarin, Persekutuan Bolasepak ASEAN memutuskan untuk menunda Piala AFF kerana tidak melihat pandemik Covid-19 mampu pulih menjelang hujung tahun.

Skuad Harimau Malaya akan menyambung kempen Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dengan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai, 8 Ogos ini.

Mereka kemudian akan menerima kunjungan Vietnam di Bukit Jalil, lima hari kemudian dan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya