Lebih baik Liga M bersambung September - Utusan Malaysia

Lebih baik Liga M bersambung September

ABU Bakar Fadzim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim lebih suka  jika Liga Malaysia (Liga M) yang tertangguh akibat pendemik Covid-19 sejak Mac lalu disambung semula September ini agar semua pasukan dapat membuat persiapan lebih panjang  berbanding jika dilaksana dalam tempoh terdekat.

Walaupun kerajaan memberi persetujuan pelaksanaan sukan mulai 15 Ogos ini, Abu Bakar percaya, pasukan belum siap sepenuhnya kerana baru menjalani latihan mengikut prosedur operasi standard (SOP)  ditetapkan.

“Segalanya terpulang kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tetapi saya lebih suka Liga M bersambung semula pada September mengikut rancangan asal.

“Sekarangpun persiapan bukan berjalan sepenuhnya kerana latihan diadakan dalam kelompok kecil dan berasingan.

“Pemain belum berkesempatan berlatih bersama-sama ssbagai satu pasukan,” kata Bakar kepada Utusan Malaysia.

Liga M yang bersambung nanti menyaksikan pasukan Liga Super dan Liga Perdana mengadakan baki perlawanan sahaja bagi melengkapkan jadual pertandingan musim 2020 ini.

“Hanya satu pusingan. Selepas itu Piala Malaysia akan diadakan,” katanya.

Menurut Abu Bakar,  rehat panjang hampir empat bulan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pemain sifar kecergasan.

Larangan bagaimanapun dikendurkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP) menyaksikan aktiviti sukan individu dan berpasukan dibenarkan dengan SOP tertentu.

Justeru katanya, usaha awal adalah ke arah membina kembali tahap kecergasan pemain bagi memenuhi keperluan pasukan.

“Saya yakin akan tiba masanya pasukan-pasukan dibenarkan mengadakan  latihan dalam kelompok lebih besar bagi membolehkan permainan dua sebelah dijalankan,” katanya.

Mengenai kedudukan pasukan Perak II yang menghuni tangga tercorot daripada 12 pasukan Liga Perdana, Abu Bakar belum menekan butang cemas kerana saingan baru memasuki empat perlawanan.

“Kedudukan mata masih rapat antara Perak dengan pasukan teratas. Biarpun kami di kedudukan terbawah,  saya yakin kami masih boleh kejar pasukan di atas.

“Ia bukan tugas mudah kerana kami bukan pasukan ternama serta tidak punyai pemain bintang.

“Cuma saya berharap pemain bersedia melaksanakan tugas dengan berkesan, ” kata Abu Bakar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya