Kejuaraan Juventus tertangguh lagi - Utusan Malaysia

Kejuaraan Juventus tertangguh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Kekalahan mengejut 1-2 Juventus kepada Udinese menangguhkan seketika hasrat mereka untuk menjulang kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut.

Dalam aksi di Udine awal pagi tadi, Juventus bermula baik apabila mendahului 1-0 seawal minit ketiga menerusi tandukan pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt.

Hanya tujuh minit selepas babak kedua bersambung, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ilija Nestorovski sebelum Seko Fofana memastikan tiga mata menjadi milik pasukannya pada minit ke-93.

Juventus kekal enam mata di depan pasukan tangga kedua, Atalanta ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Mereka masih berkedudukan baik untuk merangkul kejuaraan ke-36 apabila melayan kunjungan pasukan tangga ke-14, Sampdoria pada Ahad ini.

Skuad Maurizio Sarri hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan gelaran.

Kekalahan kepada kelab di tangga ke-15, Udinese menimbulkan kebimbangan buat Sarri menjelang aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Lyon pada 7 Ogos.

“Kami terima padah akibat hilang fokus selepas beraksi baik pada babak pertama. Sudah tentu kami mahu menang tetapi beberapa kesilapan menghukum kami pada saat akhir.

“Pada peringkat seperti ini ia memang sukar, kami semua penat dan hilang agresif tetapi lebih membimbangkan prestasi seperti ini akan beri sedikit kesan menjelang pertemuan dengan Lyon,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya