Kasut Emas ubat kecewa Vardy - Utusan Malaysia

Kasut Emas ubat kecewa Vardy

JAMIE VARDY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jamie Vardy memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam kariernya, sekalipun menutup kempen dengan mengecewakan hari ini.

Penyerang England itu gagal menambah gol dalam aksi penting menentang Manchester United dan akibatnya, Leicester terlepas tiket Liga Juara-Juara musim depan selepas tumpas 0-2 di tempat sendiri untuk sekadar menutup kempen di tangga kelima.

Vardy, 33, muncul pemain paling tua pernah memenangi anugerah penjaring terbanyak Liga Perdana selepas meledak 23 gol sepanjang musim ini.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Southampton, Danny Ings berkongsi tempat kedua dengan 22 gol, diikuti pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling (20) dan bintang Liverpool, Mohamed Salah (19).

Sementara itu, Ederson yang membantu Manchester City membelasah Norwich 5-0 dalam aksi terakhir liga muncul penjaga gol terbaik untuk anugerah Sarung Tangan Emas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya