Kasut Emas Khalid bernilai RM99,999 - Utusan Malaysia

Kasut Emas Khalid bernilai RM99,999

KASUT Emas Khalid Jamlus akhirnya mendapat tuan baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khalid Jamlus akhirnya melepaskan anugerah Kasut Emas Liga Perdana yang dimenanginya pada 2002 dengan nilai RM99,999.

Pengesahan itu dibuat Khalid dalam sesi bertemu peminat di Bangi hari ini.

“Individu tersebut hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice dan dia kini berada di luar negara. Dia menghubungi saya dan mengatakan ‘Khalid, saya mahu but itu dan katakan sahaja berapa harganya.’

“Saya letakkan harganya dan dia bersetuju dengan apa yang saya minta. Dia menyokong saya dan mahu kasut itu pada harga seperti yang dinyatakan,” katanya.

Khalid turut berkongsi cerita pernah ditipu ketika membuat bidaan untuk Kasut Emas itu sehingga memaksa dia membuka bidaan sekali lagi.

“Ada individu yang cuba main-main apabila membida sebelum ini, jadi sebab itulah saya buka bidaan sekali lagi. Namun, saya tidak pernah berjumpa dengan Tuah tetapi saya percaya kepada dia.

“Jadi sekarang saya cuma tunggu dia balik ke sini untuk mengambil kasut ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya