Juventus lebih hebat di bawah saya - Sarri - Utusan Malaysia

Juventus lebih hebat di bawah saya – Sarri

MAURIZIO SARRI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Maurizio Sarri berjenaka bahawa Juventus tampak lebih hebat di bawah bimbingannya selepas mereka merangkul kejuaraan Serie A buat kali kesembilan berturut-turut hari ini.

Juventus menumpaskan Sampdoria 2-0 menerusi jaringan Cristiano Ronaldo dan Federico Bernardeschi dalam saingan awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan gelaran ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Sarri yang menggantikan Massimiliano Allegri pada awal musim ini, muncul jurulatih tertua memenangi Serie A pada usia 61 tahun.

Pada awal kemunculannya di Turin, bekas jurulatih Chelsea itu sering dipersoalkan berhubung falsafah bola sepaknya, bagaimanapun Sarri telah membuktikan kemampuannya selepas menjuarai Serie A.

“Saya bagi tahu mreka, jika anda menang dengan saya, yang tidak pernah menang apa-apa, itu bermakna anda semua hebat.

“Pada hari pertama anda masuk, anda bertemu ramai orang, bukan hanya pemain bertaraf dunia. Seiring berjalannya waktu, anda akan menyukai mereka dan hubungan itu berubah dari menjadi profesional hingga menyentuh peribadi juga.

“Saya rasa sangat istimewa. Sulit untuk menang, menjadi lebih rumit untuk terus menang, kerana mengambil sesuatu tanpa soal dalam sukan merupakan salah satu pembohongan terbesar di dunia,” kata Sarri kepada Sky Sport Italia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya