Ibrahimovic masih berbisa - Utusan Malaysia

Ibrahimovic masih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Zlatan Ibrahimovic membuktikan usia bukan penghalang untuk mempamer ketajaman apabila membantu AC Milan melakar kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo dalam saingan Serie A di laman lawan, awal pagi tadi.

Dua gol yang disumbangkan pemain berusia 38 tahun itu, memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata bermakna untuk memburu slot ke saingan Liga Europa musim depan.

Sementara itu, Luis Muriel yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Atalanta menewaskan Bologna 1-0 dalam sqtu lagi saingan Serie A, sekali gus membawa pasukannya kembali ke tangga kedua.

Kemenangan itu menyaksikan, Atalanta melebarkan rekod tanpa kalah kepada 15 perlawanan dengan ketinggalan enam mata di belakang Juventus, dan mendahului dua mata di depan pasukan tangga ketiga, Inter Milan.

Atalanta telah menang enam perlawanan berturut-turut sejak liga bersambung akibat pandemik Covid-19 sebelum seri 2-2 berdepan Juventus dan diikat 1-1 oleh Verona sebelum ini.

Skuad dari Bergamo itu kini mengumpul 74 mata dengan baki tiga perlawanan, malah memperbaiki pungutan mata terbaik mereka 72 pada musim 2016-2017.

Dalam aksi itu, jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini diarah keluar dari tepi padang selepas bertelagah dengan rakan sejawatan, Sinisa Mihajlovic sebelum rehat.

“Saya tidak berhak dibuang padang, tapi biarlah kita bercakap mengenai perlawanan itu.

“Kami mencari rentak konsisten di padang, kami ada 12 hari untuk memilih apa yang kami boleh lakukan untuk bersedia menghadapi Liga Juara-Juara,” kata Gasperini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya