Hari malang pelumba negara di Jerez - Utusan Malaysia

Hari malang pelumba negara di Jerez

HAFIZH Syahrin Abdullah. - Ihsan Aspar Team
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Impian untuk melihat pelumba Moto2 negara cemerlang dalam Grand Prix (GP) Andalusia berakhir dengan kekecewaan apabila Hafizh Syahrin Abdullah dan Kasma Daniel Kasmayudin terjatuh pada perlumbaan hari ini.

Pelumba pasukan Aspar, Hafizh yang memulakan perlumbaan dari petak ke-22 mengakui, cuaca panas menyebabkan dia gagal mengulangi pencapaian menghuni kelompok enam terbaik ketika beraksi di litar sama minggu lalu.

“Perlumbaan hari ini sangat sukar buat semua pelumba. Apa saya boleh katakan, litar amat panas berbanding trek perlumbaan lain. Mungkin ini rekod panas tertinggi.

“Dalam perlumbaan tadi saya sudah berada dalam kedudukan 10 terbaik tapi cuaca sangat menyebabkan tayar gagal berfungsi dengan baik.

“Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal hari ini dan akan cuba yang terbaik pada perlumbaan seterusnya,” kata Hafizh dalam satu kenyataan hari ini.

KASMA Daniel Kasmayuddin. – Ihsan Onexox TKKR SAG Team

Sementara itu, nasib malang turut menimpa pelumba pasukan Onexox TKKR SAG, Kasma Daniel selepas terkeluar lebih awal akibat terjatuh pada pusingan ke-21.

Perlumbaan Moto2 dimenangi pelumba pasukan Italtrans Racing Team, Enea Bastianini dari Itali dengan catatan masa 39 minit 23.922 saat.

Tempat kedua dan ketiga milik pelumba pasukan SKY Racing Team VR46,Luca Marini dan Marco Bezzecchi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya