Harga Sancho RM600 juta? Melampau! - Utusan Malaysia

Harga Sancho RM600 juta? Melampau!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United tidak akan melayani harga 110 juta pound (RM600 juta) yang diletakkan Borussia Dortmund untuk pemain sayap England, Jadon Sancho.

Sancho, 20, menjadi sasaran Red Devils sejak beberapa bulan lalu, namun tawaran awal gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris itu – 89 juta pound (RM486 juta) ditolak oleh Dortmund.

United dijangka berbelanja besar dalam jendela perpindahan pemain bulan depan selepas berjaya meraih tiket Liga Juara-Juara.

Begitupun, mereka tidak sanggup membayar harga yang dianggap keterlaluan.

Jumlah RM600 juta ada sekali ganda daripada harga yang dibayar oleh Chelsea kepada Red Bull Leipzig untuk membawa masuk Timo Werner.

Juara Jerman, Bayern Munich juga hanya membayar separuh daripada itu ketika membeli pemain muda Jerman, Leroy Sane dari Manchester City.

Menurut akhbar Britain, Daily Mail, United sedia menawarkan gaji 190,000 pound (RM1.03 juta) seminggu buat Sancho, antara pemain muda terbaik dunia selepas meledak 40 gol (semua pertandingan) musim lalu.

Tiga tahun lalu, Sancho menyertai Dortmund dari City hanya pada harga 8 juta pound (RM43.76 juta).

Kontraknya masih berbaki dua tahun, namun pemain kelahiran London itu menyuarakan hasrat untuk pulang ke England.

Dortmund berharap perpindahan Sancho dapat diselesaikan sebelum 10 Ogos kerana kelab Jerman itu akan berlepas ke Switzerland untuk latihan pramusim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya