Hafizul yakin boleh beraksi semula - Utusan Malaysia

Hafizul yakin boleh beraksi semula

hafizul
HAFIZUL Hakim mula menjalani latihan ringan bersama pasukan Perak. - Gambar Perak TBG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yakin boleh ber­aksi semula apabila Liga Malaysia (Liga M) 2020 disambung 26 Ogos depan.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu semakin pulih daripada pembedahan lutut kiri yang dilakukan Mac lalu.

“Saya akan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan sedikit hari lagi. Sekarang saya melakukan proses pemulihan bersama jurupulih anggota.

“Saya bersyukur kerana pemulihan saya berjalan mengikut jadual,” kata Hafizul kepada ­Utusan Malaysia semalam.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, dia akan berusaha mendapatkan kembali keyakinan dan mengembalikan kemampuan ke tahap terbaik.

“Memang saya punya tugas berat kerana terpaksa bermula semula dari bawah berbanding rakan-rakan lain,” katanya.

Pemain kelahiran Ipoh itu bagaimanapun berkata, dia mungkin terlepas perlawanan pembukaan Perak.

Katanya, mengikut jadual asal sebelum Liga M ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, Perak akan bertemu Melaka United dalam perlawanan kelima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN