Hafizh buru keputusan lebih baik - Utusan Malaysia

Hafizh buru keputusan lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha keras Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 membuah hasil apabila dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez, semalam.

Biarpun bermula di petak ke-15, Hafizh mempamerkan tunggangan mantap pada perlumbaan itu namun mengakui untuk berada dikedudukan podium sedikit sukar.

“Syukur, Alhamdulillah…saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat keenam dari petak ke-15. Perlumbaan kali ini agak panas dan sukar bagi kesemua pelumba, apa pun saya dah buat yang terbaik.

“Saya hilang ‘penghayatan’ macam ini dah lama. Ketika sesi kelayakan saya menghadapi sedikit masalah dengan tayar.

“Terima kasih kepada pasukan yang terus membantu dan saya akan buat yang terbaik untuk perlumbaan selepas ini,” kata Hafizh menerusi rakaman video pendek selepas perlumbaan itu.

Pelumba pasukan Inde Aspar Team Moto2 itu yang memulakan perlumbaan di petak ke-15, melakar catatan masa 39 minit 38.875 saat pada perlumbaan 23 pusingan itu.

Pelumba Itali, Luca Marini dari pasukan Sky Racing Team VR46 meraih kemenangan sulung musim ini selepas merakam masa 39 minit 23.297 saat, disusuli dua pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo, Tetsuta Nagashima dan Jorge Martin dari Sepanyol yang masing-masing ketinggalan 1.271 saat dan 4.838 saat di belakang Marini.

Hafizh akan meneruskan saingan Moto2 seterusnya pada GP Andalusia yang dijadualkan berlangsung di litar yang sama, hujung minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya