Bale biadab, tidak profesional - Utusan Malaysia

Bale biadab, tidak profesional

GARETH Bale
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID : Dimitar Berbatov menyifatkan Gareth Bale tidak profesional dan biadab terhadap Real Madrid.

Bale hanya beraksi selama 100 minit sejak saingan La Liga disambung semula pada 15 Jun lalu, iaitu tiga bulan selepas direhatkan akibat pandemik Covid-19. 

Dia yang pernah merangkul empat trofi Liga Juara-Juara membangkitkan kemarahan penyokong selepas menutup matanya dengan pelitup mulut selain bergelak ketawa ketika Real menumpaskan Deportivo Alaves, minggu lalu.

Pemain antarabangsa Wales itu dilihat melakukan aksi memegang teropong ketika  Real menang 2-1 di Granada dan Berbatov tidak selesa dengan tindakan tersebut.

DIMITAR Berbatov

“Bale menjadi tajuk utama berita sekali lagi selepas dia berpura-pura tidur di bangku simpanan ketika menjadi pemain gantian yang tidak digunakan semasa menentang Granada.

“Saya seperti tidak percaya dengan tindakannya. Saya melihat dia memakai topeng menutup matanya dan berpura-pura tidur. Saya tidak boleh menerima perbuatan ini.

“Saya seronok melihat Bale beraksi dan saya dapat rasakan kekecewaannya apabila sering diletakkan di bangku simpanan  kerana saya pernah berada dalam situasi sama, tetapi apa yang ditunjukkan melampaui batas.

“Real perlu mencari penyelesaian dalam kes Bale. Perkara ini tidak baik untuk dia  atau pasukan kerana memberikan gambaran buruk kepada mereka.

“Penyelesaian terbaik ialah Bale meninggalkan Real. Jika saya penyokong Real dan melihat perbuatan pemain seperti ini sudah pasti saya marah,” kata bekas penyerang Manchester United itu. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya