Aubameyang pacu Arsenal ke final - Utusan Malaysia

Aubameyang pacu Arsenal ke final

PEMAIN Arsenal meraikan jaringan Pierre-Emerick Aubameyang (dua dari kiri) ketika menentang Manchester City dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, London awal pagi tadi. Arsenal menang 2-0. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua gol hasil ledakan Pierre-Emerick Aubameyang membawa Arsenal mara ke final Piala FA buat kali ke-21 dengan mengecewakan juara bertahan, Manchester City 2-0 di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Biarpun pada minit awal perlawanan, City mendapat dua peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan namun benteng pertahanan Arsenal berjaya menafikannya.

Melalui satu serangan balas pantas, Aubameyang menyambut baik hantaran lintang Pepe untuk meletakkan The Gunners mendahului pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan itu, City menggandakan asakan ke kubu lawan namun Emiliano Martinez berjaya mengawal gawangnya dengan baik daripada dibolosi barisan serangan skuad kendalian Pep Guardiola.

Sebaliknya, bersambung babak kedua, larian solo Aubameyang pada minit ke-70 sebelum mudah melakukan rembatan menewaskan Ederson memastikan Arsenal selesa mendahului 2-0 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Arsenal akan menanti sama ada Chelsea atau Manchester United di pentas final. Kedua-dua pasukan itu akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi ini.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pada 1 Ogos ini di Stadium Wembley. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya