Arsenal ulangi rekod terburuk 1995 - Utusan Malaysia

Arsenal ulangi rekod terburuk 1995

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal bakal menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris paling teruk sejak 1995 selepas kalah 0-1 kepada Aston Villa awal pagi tadi.

Kekalahan tipis itu bermakna Gunners hanya boleh menamatkan kempen di tangga kelapan atau ke-10, dan akan menentang Watford sebagai aksi penutup di Stadium Emirates pada Ahad ini.

Pada 1995, Arsenal berada di tangga ke-12, yang menyaksikan George Graham dilucutkan jawatan pada pertengahan musim setelah hampir sembilan tahun mengendalikan Gunners.

Dengan semua saingan di tempat lawan sudah lengkap, Arsenal juga menyamai rekod terburuknya pada musim 2017-2018 apabila sekadar menang empat perlawanan di gelanggang musuh.

Dua kemenangan daripada empat saingan di tempat lawan hadir selepas bola sepak Inggeris bersambung kembali ekoran penularan wabak Covid-19.

Ia juga musim ketiga berturut-turut Gunners kalah dalam 10 perlawanan liga.

Kekalahan Arsenal kepada Villa hadir selepas sepakan separa voli Trezeguet pada minit ke-27 menumpaskan penjaga gol, Emiliano Martinez.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya